Nadi X Mahir: Mahir Pertanian Pintar Minggu 11
13 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2025 bersamaan hari Rabu, Mahir Pertanian Pintar Minggu 11 telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan ladang moden, memahami sistem sokongan dalam pertanian serta mempelajari asas perniagaantani dan amalan pertanian organik yang mampu meningkatkan hasil serta kelestarian tanaman.
Aktiviti Utama:
1. Pengenalan kepada Konsep Pengurusan Ladang
2. Komponen Asas & Operasi Sesebuah Ladang
3. Perniagaantani
4. Amalan Pertanian Organik
5. Operasi & Cabaran Dunia Pertanian Moden
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh pemahaman lebih jelas tentang pengurusan ladang, melihat potensi pertanian sebagai sumber pendapatan serta mengaplikasikan amalam pertanian organik dalam usaha mewujudkan pertanian yang lebih mapan dan berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: