Nadi X Mahir: Sls Pemasangan & Fungsi Water Quality Tester
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025 bersamaan hari Khamis, Mahir SLS Pemasangan & Fungsi Water Quality Tester telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta mengenai cara memasang, menggunakan dan membaca bacaan asas Water Quality Tester bagi tujuan penilaian kualiti air harian dalam pertanian.
Aktiviti Utama:
1. Komponen asas Water Quality Tester
2. Langkah pemasangan alat dengan cara yang betul
3. Cara mengendalikan alat semasa mengambil bacaan
4. Jenis bacaan penting untuk pemantauan kualiti air
5. Demonstrasi membaca hasil bacaan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menguasai penggunaan asas Water Quality Tester, memahami bacaan utama serta melakukan pemantauan kualiti air dengan lebih tepat dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: