NADI X NURTURE: WEBINAR EKELAS ASAS KOMUNIKASI VISUAL
22 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2025 bersamaan hari Selasa, Webinar eKelas Usahawan Asas Komunikasi Visual telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai kepentingan komunikasi visual dalam penjenamaan perniagaan, membantu mereka memahami cara menghasilkan visual yang menarik perhatian pelanggan, serta membina kepercayaan melalui rekaan yang berkesan dan konsisten di platform digital.
Aktiviti Utama:
1. Prinsip penting komunikasi visual
2. Teknik reka visual untuk media sosial
3. Cara guna visual bagi menarik & mengekalkan pelanggan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan penting komunikasi visual dalam membina penjenamaan kukuh, serta memperoleh kemahiran asas dalam mencipta visual yang bukan sahaja menarik tetapi juga mampu menyampaikan mesej dengan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: