Taklimat Cashless Society (Cs3t) Bersama Komuniti
22 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2026 bersamaan hari Khamis, Taklimat Cashless Society (CS3T) Bersama Komuniti telah diadakan. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam menggalakkan pembudayaan transaksi tanpa tunai melalui penggunaan teknologi digital, khususnya dalam kalangan usahawan. Selain itu, program ini juga selaras dengan pelan tindakan hala tuju tanpa tunai Negeri Melaka yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta literasi digital dalam kalangan komuniti melalui pelaksanaan kempen digital oleh NADI.
Aktiviti Utama:
1. Saringan Asas Kesihatan Percuma
2. Sesi Taklimat Cashless Society (CS3T) Bersama Komuniti
3. Cabutan Bertuah
Secara keseluruhannya, program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada komuniti setempat serta berjaya meningkatkan literasi digital, meningkatkan kesejahteraan komuniti dan mengeratkan hubungan antara komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: